TAJUK 5: PENGURUSAN MURID
BAB
5: PENGURUSAN MURID
PENDAHULUAN
Pengurusan melibatkan proses perancangan,
penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dengan
menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi. Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat
penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid
ini berkaitan dengan usaha dalam melahirkan murid yang berkualiti dan mampu
membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek seperti kognitif, afektif
dan psikomotor. Pengurusan murid juga
memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna.1. Mengurus Rekod Murid
- Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah
- Profil murid perlu kemas
- Perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
Pengurusan Rekod Murid
Pengurusan rekod murid ini merupakan
salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru sekolah.
Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan
yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan,
penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara
bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod (James, 2011). Rekod murid yang
dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik kerana mengandungi maklumat yang
boleh memberitahu guru mengenai persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang
ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod
murid yang baik akan dapat membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan efisien.
Terdapat tiga jenis kesediaan belajar iaitu :
a ) Kesediaan
Kognitif
* Melibatkan
mental untuk memahami dan berfikir.
*Tahap umur
bergantung kepada perkembangan mental murid.
b ) Kesediaan
Afektif
* Sikap,
keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran
yang disampaikan.
c ) Kesediaan
Psikomotor
*Kemahiran
dalam perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan
penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
T*Terdapat
dua jenis psikomotor iaitu psikomotor halus dan psikomotor kasar.
Faktor yang mempengaruhi kesediaan
belajar iaitu :
2) Kesediaan Murid Belajar
Kesediaan Murid Belajar merupakan
keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu
dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Manakala Piaget
(1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.
Merujuk kepada
sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan
kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan
psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar.
Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama.
Perbezaan yang dapat dihayati melalui pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial,
cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain,
falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu. Strategi implementasi kesediaan belajar
seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Peringkatkan isi
pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan
pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.
3) Memotivasikan Murid
Motivasi merupakan rangsangan yang
membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat
tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu
menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah
laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi
desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan
melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula
dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan
subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif
terhadap tugas yang dilaksanakan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengurusan murid di
sekolah merupakan salah satu yang penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini
kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi
sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada
hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Comments
Post a Comment