TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah adalah suatu
yang penting dalam memastikan kelacaran proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P) di sekolah di mana pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan
bilik darjah yang efektif dan berkesan. Oleh itu, guru di sekolah memainkan
peranan besar dalam menguruskan bilik darjah samada dari sudut penyusunan bilik
darjah, penyampaian mesej pengajaran kepada pelajar. Aspek-aspek pengurusan
bilik darjah perlu dititikberat oleh semua guru di sekolah untuk mencapai
matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh kementerian.
1 ) Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
Murid
dikelompokkan dalam satu kumpulan dengan mengikut kebolehan atau berbeza
kebolehan.
Melalui
aktiviti ini, murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
a ) Jenis dan Bentuk Kumpulan
Ø Mengikut kebolehan iaitu guru dapat membahagikan murid-murid pada
kumpulan-kumpulan tertentu dengan mengikut kebolehan mereka seperti cerdik,
sederhana dan lemah.
Ø Pelbagai kebolehan iaitu guru mencampurkan murid-murid yang cerdik,
sederhana dan lemah ke dalam satu kumpulan.
Ø Mengikut minat iaitu kesegaraman minat dan bakat murid dengan melakukan
aktiviti.
b ) Pengurusan Fizikal Kelas
Ø Bilik darjah KBSR iaitu kaedah pengajaran menekankan kepada pengajaran
berpusatkan murid dengan menyusun kerusi dan meja mengikut kumpulan.
Ø Bilik darjah KBSM iaitu susunan meja dan kerusi berbentuk kumpulan.
2 ) Aktiviti Pengajaran Individu
Ø Setiap murid mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat,
cita-cita dan minat.
a) Pengajaran dan Pembelajaran Individu
Ø Guru memerhati dan mengetahui perbezaan antara murid-muridnya dengan
melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah,
melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
Ø Guru menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang murid untuk
belajar.
3 ) Penyediaan Bahan Pengajaran
Ø Alat dan Isi pelajaran yang digunakan di dalam pengajaran.
Ø Membantu murid memahami apa yang diajar.
Ø Contoh : bahan rangsangan, penjelasan makna dan konsep, sumber
pengalaman dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
4 ) Pengurusan Sumber
Ø Proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Ø Segala bahan dan alat yang dapat bantu guru mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan.
5 ) Pusat Pembelajaran
Ø Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan
dibina mengikut kreativiti guru dan murid.
Ø Wujud secara formal dan tidak formal
Ø Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan digunakan dalam sesi pengajaran.
Kesimpulan
· Pengurusan bilik darjah yang baik tidk berlaku tanpa perancangan yang
sistematik oleh guru-guru.
· Pengajaran akan barlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai
aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkahlaku yang tidak
menyenangkan.
Antara ciri yang perlu ada pada
seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:
1)
Mengamalkan demokrasi dalam
komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di
dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi
dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid
tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.
Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang
disenangi oleh guru dan rakan lain.
2)
Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting
dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan
oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,
jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan
menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
3)
Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak,
iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang
yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu
menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh
murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan
lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui
bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
4)
Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan
domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu
perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya.
Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau
mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan
perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk
berkomunikasi di bilik darjah.
Tiga pengaruh utama ialah pengaruh
persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan
pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.
- Pengajaran dan pembelajaran
yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran
amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang
berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran
yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan
berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah
seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
- Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek
penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu
hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi
mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan
mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru
kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan-
golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah. Oleh itu, guru boleh
menggunakan beberapa kaedah pengurusan bilik darjah iaitu:
●
Penggunaan bahasa isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan
pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh
menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala
kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi
perhatian kepada guru.
●
Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Salah satu sebab murid berasa resah
ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan
pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang
sama ketika mengajar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu
menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.
KESIMPULAN
Oleh yang demikian, adalah penting
guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat
dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid
dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru,
dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan,
menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada
guru kepada muridnya.

Comments
Post a Comment