TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS
BILIK PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Strategi pengurusan bilik darjah
telah berubah mengikut peredaran zaman. Terdapat perbezaan bilik darjah
dahulu dan juga sekarang. Bilik darjah dahulu mempunyai lima
hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah
dianggap satu bilik darjah, surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap
sebagai satu bilik darjah. Manakala, bilik darjah sekarang pula, sebuah bilik
darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah, padang sekolah yang
digunakan juga dinggap bilik darjah,padang sekolah yang digunakan oleh pelajar
untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya,
sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar,
meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh
pelajar dalam satu-satu kelas. Antara
jenis bilik darjah yang telah wujud ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah
mata pelajaran pendidikan khas dan bilik darjah terbuka.
1) PENYUSUNAN
BILIK DARJAH
Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi
pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang
sesuatu pembelajaran.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(1981:16) menyatakan bahawa kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam
bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak
menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan
murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.
2)
KERUSI MEJA PELAJAR
Penyusunan bilik darjah berkait dengan tiga perkara iaitu
tempat duduk pelajar, meja guru dan kerusi dan meja pelajar. Tempat duduk
belajar merupakan kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan
berlakunya kekeliruan sewaktu belajar. Manakala, meja guru pula biasanya terletak
dibahagian hadapan kelas,
Guru harus berada di sekitar meja
pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran. Kerusi
dan meja pelajar pula bermaksud menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45)
mengatakan bahawa tiada satu cara
penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan
keperluan pelajar. Antara bentuk susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik
darjah seperti:
Kedudukannya tidak menyebabkan ada
pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana penerangan guru secara
kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan akan menyebabkan merasa
terganggu. Penyusunannya perlu berkait rapat
dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9),ini kerana
dalam KBSR pengajaran secara berkumpulan dan individu lebih diutamakan. Namun
demikian, pengajaran cara kelas masih juga boleh dijalankan
mengikut situasi tertentu.
Kedudukan kerusi meja KBSR dan KBSM
perlu melibatkan beberapa ruang pembelajaran. Keadaan ini termasuk ruang bacaan
dan sebaginya.
3)
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik
darjah yang efektif dan berkesan. Tujuan wujudnya rutin harian bilik darjah ini
kerana menjimatkan masa dan tenaga
menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di
kalangan pelajar.
Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu membuat pemeriksaan
tentang keadaan fizikal bilik darjah dan rutin bilik darjah perlu dilakukan
pada waktu yang telah ditetapkan. Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah
mendatangkan beberapa faedah iaitu proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin
yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai
nilai-nilai murni di kalangan pelajar, pengurusan rutin bilik darjah yang
sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar, pelajar dapat
kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip demokrasi khasnya sewaktu
membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua dan peraturan yang sedia ada dalam
bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin didalam bilik darjah.
KESIMPULAN
Melalui topik strategi mengurus bilik pembelajaran ini,
berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti penyusunan bilik darjah, kerusi
meja pelajar dan pengurusan bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada
guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Comments
Post a Comment