TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi adalah merupakan salah
satu bidang ilmu pengetahuan moden seperti bidang-bidang yang lain. Tafsiran
mudah sosiologi dapat dikaitkan dengan maksud masyarakat atau kemasyarakatan.
Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik
mengenai interaksi sosial dan organisasi. Menurut Jary dan Jary (1995),
sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari
pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi dan amalan budaya.
ASAS PEMBELAJARAN
Maksud
Pembelajaran:
Merupakan proses perubahan tingkah
laku yang tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan.
Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu disebabkan
oleh pengalaman yang dilalui (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Namun
begitu, perubahan akibat daripada perkembangan fizikal seperti ketinggian dan
tumbesaran bukanlah merupakan satu proses pembelajaran.
KLASIFIKASI PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran melibatkan aspek
mental, fizikal, emosi dan sosial. Umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada
tiga jenis iaitu:
1) Pembelajaran Formal
●
Berlaku untuk mengembangkan domain kognitif, afektif dan
psikomotor murid. Biasanya, pembelajaran formal dikelola individu terlatih
seperti guru rendah dan menengah serta pensyarah di universiti.
●
Menekankan aspek penilaian, oleh itu ujian dan peperiksaan sering
diadakan.
●
Dilakukan secara disedari, nyata dan disengajakan.
●
Lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal
mengikut dasar dan aspirasi negara.
●
Berasaskan struktur tertentu seperti tujuan, cara pelaksanaan dan
cara penilaian yang nyata.
2) Pembelajaran Informal (Tidak
Formal)
●
Perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak
sedar.
Contohnya; pelajar mendapat ilmu pengetahuan dengan pendidikan dan
asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio dan
menonton televisyen.
●
Diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang
sukatan pelajaran.
3) Pembelajaran Non-Formal (Bukan
Formal)
●
Memerlukan perancangan dan pengendalian teliti.
●
Mewujudkan keperluan untuk meningkatkan kepakaran murid.
●
Memerlukan institusi menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum,
bengkel dan seminar. Biasanya kos diperlukan dan kandungan akan disediakan
supaya objektif pembelajaran non-formal dapat dicapai.
Pembelajaran formal adalah
pembelajaran yang diperoleh melalui sistem pendidikan yang dilembagakan dan
berstruktur secara berperingkat berdasarkan umur individu.
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Pendekatan pengajaran guru di bilik
darjah sangat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan
sesuatu mata pelajaran. Beberapa ahli psikologi pendidikan telah mengkaji dan
mewujudkan beberapa teori. Antara teori tersebut ialah:
1)
Teori Pembelajaran Behaviourisms
●
Teori Pelaziman Klasik
Pavlov (oleh Pavlov): Teori ini menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku
yang berlaku dalam diri individu disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan
mula berlaku ketika awal lahir sehingga dewasa.
Antara teori yang terkenal ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut
teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.
Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga
peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman.
Contohnya, pelajar yang duduk di asrama dengan bunyi loceng. Hal ini
menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala
tingkah laku pelajar adalah gerak balas
●
Teori Pembelajaran
Behavioral (oleh Watson): Watson menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia
juga dapat dilazimkan secara klasik. Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi
pembelajaran murid dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak
balas yang positif. Watson sarankan, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru harus memilih rangsangan yang menyeronokkan. Pembelajaran
merupakan proses cuba jaya (trial and error) atau memilih dan saling
menghubungkait (selecting and connecting).
●
Teori Pelaziman Operan
Thorndike
juga merupakan salah satu teori
yang dipekenalkan di bawah Teori Pembelajaran Behaviorisme. Melalui eksperimen yang
dijalankan, Thorndike menyatakan bahawa pembelajaran juga berlaku hasil dari
gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan)
dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran
individu dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran.
Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum
Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
2)
Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura)
●
Beliau adalah ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti
Stanford yang memperkenalkan Model Determinisms Timbal Balik dan Teori
Peniruan. Bandura menyatakan, manusia secara semula jadinya belajar melalui
proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah
laku seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima
hukuman. Teori ini turut menekankan aspek kognitif. Contohnya, bagaimana
kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran
mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Bandura menyatakan bahawa pembelajaran
secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu, individu (kognitif),
persekitaran dan tingkah laku itu sendiri.
3)
Teori Pembelajaran Kognitif
●
Terdapat pelbagai kajian ahli psikologi sehingga wujudnya beberapa
teori yang menjadi rujukan untuk individu seperti Teori Pembelajaran Gestalt,
Model Pemprosesan Maklumat, Teori Pembelajaran Gagne, Teori Pembelajaran
Ausubel, Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
Berdasarkan kajian oleh Wolfgang Kohler (1887-1967), beliau menekankan pembelajaran
celik akal. Melalui platform ini, beliau menjalankan kajian ke atas lima
ekor Cimpanzi (Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan). Dapatan beliau ialah
mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi bermasalah, haiwan akan berusaha
untuk mencari perhubungan menuju dan mencari penyelesaian.
1. Konflik dalam pembelajaran
berlaku sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Konflik ini berpunca akibat
pelbagai latar belakang daripada segi emosi, intelek, jasmani, rohani dan
sosioekonomi.
2. Perbezaan latar belakang ini
bakal mewujudkan konflik dalam proses pembelajaran. Contohnya; masalah
disiplin, tidak menghormati guru, membaca bahan tidak berkaitan, mengeluarkan
kata-kata kesat, makan dan minum, membuat bising atau bergerak bebas di dalam
bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak mematuhi arahan,
ponteng kelas dan sebagainya.
3. Konflik ini bakal mempengaruhi
keselamatan psikologi murid, tahap kesediaan pembelajaran dan tingkah laku
proses pembelajaran seterusnya.
Faktor
Penyumbang Konflik dalam Pembelajaran:
●
Menggunakan Pendekatan
Yang Tidak Berkesan.
Kegagalan ini bakal mengundang
konflik yang besar dalam proses PdP. Terdapat sebahagian guru yang gagal
memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah PdP yang efisien dan efektif bagi
mewujudkan PdP yang bermakna. Hasilnya, murid bosan, tidak menumpukan perhatian
dan menimbulkan masalah disiplin (Shahabudin, Rozihani & Mohd Zohir, 2007).
Sebaliknya, jika guru kritis, kreatif dan inovatif dalam memilih dan
menggunakan PdP yang efisien dan efektif, konflik dalam PdP pasti dapat
dihindari. Kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam PdP akan
menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang disampaikan oleh
guru. Dengan itu konflik dalam PdP dapat dikurangkan (Abdul Rahim, 1999).
●
Hubungan yang tidak
baik.
Hubungan yang tidak baik dan tidak
mesra bakal mengundang konflik dalam PdP. Menurut Tengku Sarina Aini &
Yusmini (2006), mereka menyatakan tugas guru bukan bersifat statik dan hanya
tertumpu kepada objektif pembelajaran (LO) sahaja. Guru berperanan dan
berpengaruh besar terhadap pembentukan kehidupan sosial pelajar. Membina
hubungan yang baik dan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik
bagi mencapai hasrat ini. Kelebihan mewujudkan hubungan yang baik antara guru
dan murid bakal mewujudkan persefahaman yang baik dan mewujudkan rasa
mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses PdP. Oleh itu,
konflik dalam PdP tentunya dapat diatasi.
●
Suasana Bilik Darjah
Tidak Selesa.
Keadaan bilik darjah yang tidak
terurus, kerusi meja berselerak, cahaya tidak mencukupi, panas, bekalan
elektrik tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada murid dan mereka
akan gelisah dalam PdP. Hal ini akan menimbulkan konflik dalam PdP. Bilangan
murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada konflik
dalam PdP. Guru tidak akan dapat mengawal kelas dengan baik apabila bilangan
murid terlalu ramai dengan pelbagai latar belakang (A, B dan C). Guru tidak
mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas. Pelajar tertinggal dan
hilang minat akan wujud untuk mengikuti PdP seterusnya. Akibatnya, murid ini
membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin,
Rozihani, Mohd Zohir, 2007).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, prinsip pembelajaran
merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan
dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan
atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit.
Prinsip pembelajaran juga merupakan suatu garis panduan mengenai bagaimana
pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan
itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya
supaya berkesan dan cekap (efisien dan efektif).
Comments
Post a Comment