TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


                                     TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN


SEKOLAH
Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibu bapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.

PERSEKITARAN SEKOLAH
Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.

ISI-ISI PENTING
1. CIRI-CIRI KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BAIK:
a) Kebersihan persekitaran sekolah
       Lanskap.
       Longkang atau bawah bangunan sekolah bagi kampung air.
       Tempat pengurusan sampah.
b) Keceriaan bangunan sekolah
       Moral atau poster.
c)Tahap kebersihan kantin
       Pengurusan sampah organik dan bukan organik di tempat memasak.
       Peralatan memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya.
       Tempat penyediaan makanan.
       Kebersihan luar dan dalam kawasan kantin seperti siling, tingkap, dinding dan lantai.
       Cara penggunaan bekas makanan untuk pelajar.
d)Tahap kebersihan tandas
       Pencamaran bau.
       Lantai bersih.
       Mangkuk tandas bersih.
       Mempunyai peralatan tandas seperti gayung, baldi, sabun.
       Bakul sampah yang bersih.

2. ASPEK PERSEKITARAN SEKOLAH
       Persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran.
       Persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi.
       Persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri.
       Persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.

3. KESAN  APABILA PERSEKITARAN SEKOLAH MENARIK
       Meningkatkan keinginan pelajar untuk ke sekolah.
       Menjadikan sekolah yang inovatif dan ceria.
       Memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih menimba ilmu.
       Suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

KESIMPULAN
Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah merupakan faktor penting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional guru, kebebasan guru guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya, persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN