TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
PENGENALAN
Pengurusan ini berfokuskan kepada murid yang berkeperluan khas atau murid-murid kelainan upaya (OKU). Pelajar di sekolah mempunyai
pelbagai kecerdasan yang berlainan, jika dilihat ada pelajar yang cerdik, bijak
dan ada juga pelajar yang kurang memberansangkan dalam pelajaran tetapi mereka
ini pasti ada kecenderungan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Oleh itu,
setiap guru haruslah tahu kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajarnya untuk
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan hasil pembelajaran
harian malah juga menghasilkan pelajar yang berjaya dari segi aspek akademik
dan kokurikulum. Oleh itu, dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ini ada
beberapa kategori pelajar yang hendak dikupas ciri-cirinya seperti pelajar yang
mempunyai kecerdasan pelbagai, pelajar yang harus diberi pemulihan, pelajar
yang berkeperluan khas dan bagaimana untuk melakukan pengayaan kepada mereka
dalam urusan pembelajaran.
ISI-ISI PENTING
1.
PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN
●
Penentuan
murid lemah dan masalah dalam pembelajaran.
●
Penentuan
punca.
●
Mencari
alternative.
●
Penilaian
kejayaan program pemulihan.
2.
KONSEP PENGAYAAN
●
Aktiviti
tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di sekolah atau di
luar sekolah.
●
Perlu
dilakukan kerana murid tidak sama kebolehan
3.
PERANAN PENGAYAAN
●
Memupuk
kepimpinan murid yang cerdas.
●
Merangsa
pemikiran luas.
●
Mengembangkan
kreativiti pelajar.
●
Menambah
pengalaman pelajar.
4.
JENIS PENGAYAAN
a) Pengayaan mendatar (murid
sederhana)
●
Dirancang
kumpulan mengikut kebolehan.
●
Kadar
kesukaran aktiviti berlainan antara kumpulan.
●
Jenis
pengayaan ialah lembaran kerja.
●
Memperkukuhkan
kemahiran yang telah dikuasai.
b) Pengayaan menegak (murid cerdas )
●
Kumpulan
cerdas sahaja.
●
Kadar
kesukaran adalah sama.
●
Menjalankan
aktiviti mencabar.
●
Aktiviti
diberi lebih daripada kemahiran yang diajar.
5.
CIRI-CIRI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
●
Masalah
emosi dan tingkah laku.
●
Kecacatan
fizikal.
●
Kecacatan
pendengaran.
●
Kecacatan
penglihatan.
●
Hiperaktif
( Adhd, Add).
●
Masalah
pembelajaran.
●
Kecacatan
pertuturan.
●
Autistik
lewat perkembangan.
6.
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
●
Kadar pembelajaran murid yang lambat.
●
Arahan yang diberikan ringkas..
●
Arahan perlu dipecah-pecahkan dan diulang.
●
Kemahiran baru diulang dan dipraktikkan.
●
Menyediakan aktiviti berdasarkan pengalaman.
●
Menyediakan rancangan pendidikan individu.
7.
MASALAH KEROSAKAN SENSORI
●
Masalah kecacatan fizikal.
●
Cerebralpalsy.
●
Muscular dystrophy.
●
Spina bifida.
●
Sawan (epilepsy).
●
Masalah penglihatan.
●
Masalah pendengaran.
●
Masalah komunikasi.
8.
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID DENGAN SAWAN
●
Guru harus tenang dan meyakinkan pelajar lain.
●
Guru sentiasa menyoal dan mengulang (tahap rendah).
●
Murid diletakkan di atas lantai dan kepala disendengkan ke tepi.
●
Mengalihkan semua objek yang mungkin berisiko.
●
Melonggarkan tali pinggang, butang baju, tudung tali leher.
9.
PENGENALAN PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
Pintar cerdas dan berbakat adalah
salah satu kategori dalam masalah pembelajaran pendidikan khas. Namun masalah
pintar cerdas dan berbakat ini adalah berbeza dengan masalah pembelajaran yang
lain kerana masalah pembelajaran lain melibatkan kekurangan fungsi anggota
badan dan otak sebaliknya masalah pintar cerdas dan berbakat ini adalah
melibatkan kelebihan otak atau boleh berfikir lebih lagi daripada kanak-kanak
yang sebaya dengan mereka.
10.
FAKTOR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
●
Faktor dalaman atau intrapersonal
seperti keadaan emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Apabila
kanak-kanak itu mempunyai emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif,
mereka akan menjadi lebih yakin untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Ini
akan mendorong mereka untuk berfikir secara luar biasa lain dari kanak-kanak
yang tidak stabil emosi dan tiada keyakinan diri.
●
Faktor persekitaran juga turut berperanan
sebagai pemangkin kepada pelajar pintar cerdas dan berbakat. Keadaan ini
merujuk kepada aspek-aspek sokongan di rumah dan di sekolah. Pelajar yang
mendapat sokongan daripada ibu bapa akan lebih berkeyakinan. Ibu bapa yang
melatih anak-anak mereka untuk berfikir secara kreatif .Manakala bagi sekolah,
jika iklim dan keadaan di sekolah tersebut
baik ini akan mendorong pelajar lain juga untuk menjadi pintar cerdas
dan berbakat.
11.
CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
●
Mempunyai pengamatan yang tinggi.
●
Mempunyai keinginan untuk tahu yang tinggi. Mereka ingin
mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
yang sedang berlaku berbeza dengan pelajar lain yang hanya memikirkan perkara
di hadapan mereka sahaja .
●
Mempunyai minat yang amat mendalam terhadap sesuatu perkara.
Mereka akan memfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan
atau lebih lagi serta akan menjadi terlampau atau taksub dalam hal tersebut.
Berbeza bagi pelajar yang normal mereka mudah beralih minat kepada perkara lain
dalam jangka masa yang singkat.
●
Dapat menerima informasi dengan pantas berbanding dengan pelajar
normal yang lain.
●
Mereka adalah seperti span yang mana boleh menyerap segala
maklumat dengan cepat dan banyak.
KESIMPULAN
Justeru, semua pihak perlu
bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa
depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu
alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang
manusia. Terdapat banyak kategori pelajar berkeperluan khas. Kekurangan yang
terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari
bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan pelajar normal yang lain.
Comments
Post a Comment