BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
PENDAHULUAN
Harold Koontz (1972) mentakrifkan
pengurusan sebagai satu seni melakukan kerjaya melalui dan bersama orang lain
di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Pembelajaran adalah merujuk
kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam
suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam
situasi tersebut. Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai
matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu
dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut
kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti
serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.
Ø Pemgurusan bilik darjah
- melibatkan tindakan guru untuk
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif,
mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri
murid (Burden,2003)
- usaha mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajara dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada
kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran (Ang Jit Eng,2014)
Ø Domain pengurusan bilik darjah:
- Menyusun persekitaran fizikal
- Menguruskan tingkah laku pelajar
- Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat
- Mengurus proses pengajaran
- Berinteraksi dengan stake holder
Ø Tahap pengurusan kokurikulum
Perancangan implimentasi penilaian
Ø Definisi pembelajaran
- perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan (Bagne,1970)
- sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya (Morgan&King,1975)
- proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk,1995)
- perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil daripada pengalaman dalam situasi yang tertentu (Bigge,1982)
Ø Prinsip pembelajaran
- kesediaan pembelajaran
- maksimumkan pengalaman pelbagai deria
- latihan
- suasana pembelajaran kondusif
- penglibatan aktif
- persediaan awal
- unsur dorongan
Ø Strategi pengurusan pembelajaran
1- Berpusatkan guru
2- Berpusatkan pelajar
3- Berpusatkan bahan
Ø Proses pembelajaran
1-Penanggapan
- membentuk persepsi terhadap ransangan
2-Pemprosesan dan penyimpanan
- maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman atau ingatan sekiranya berguna
3-Pengalaman dipanggil semula
- digunakan bagi menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat
- jika tidak digunakan ia akan dilupakan dan hilang
RUMUSAN
Untuk Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana,
menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap
pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Oleh yang demikian,
pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting
sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik
selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan
dunia.
Comments
Post a Comment