TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
PENGENALAN
Guru bimbingan dan kaunseling
memainkan peranan yang penting di sekolah. Dipercayai memiliki kewibawaan yang
serba boleh. Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar
dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.
Konsep
Bimbingan
Bimbingan adalah satu proses
membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan
kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi,
sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu
khasnya. Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya
dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan
bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah merupakan bantuan
atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang
mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan
kerohanian. Ianya juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu
itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa
sekarang dan pada masa hadapan.
Konsep
Kaunseling
Kaunseling merupakan proses untuk
membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan
oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu
perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri
klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang
hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk
kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau
perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah
laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi,
perkembangan kerjaya atau patologi.
Elemen
PENTING dalam Kaunseling
1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan,
pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas
individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut
teori.
5. Proses yang melibatkan
perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai
kepakaran.
Konsep
Psikoterapi
Secara tradisional psikoterapi
berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal,
isu-isu personal dan konflik.
Ciri-ciri
psikoterapi secara tradisional :
1 . Memberi penekanan kepada masa
lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi
menggunakanistilah psikoterapi.
Beza bimbingan dan kaunseling
Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya manakal
kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya, bimbingan berlaku
di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan. Kini, bimbingan adalah
satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Definisi
Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan Halimatun
Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan
klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai
untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui
buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Justeru itu, kaunseling diertikan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran,
menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan
faktor kerahsiaan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
●
Perkhidmatan
memberi maklumat
●
Perkhidmatan
penyalahgunaan dadah
●
Perkhidmatan
perunding dan rujukan
●
Perkhidmatan
penyelarasan sumber
●
Perkhidmatan
perbincangan dengan ibu bapa
●
Perkhidmatan
penilaian
JENIS-JENIS KAUNSELING
●
Kaunseling
Individu
●
Kaunseling
Kelompok
Kaunseling
Akademik
●
Menyediakan
kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat,
keupayaan dan percapaian.
Kaunseling
Kerjaya
●
Menolong
murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya.
●
Memberikan
kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu
dibuat daripada awal lagi.
Kaunseling Peribadi
●
Kefahaman
kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat
dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak
masyarakat.
●
Menolong
individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana.
Kaunseling
Kelompok
●
Kelompok
boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang
berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
●
Menurut
Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan suatu perhubungan unik di
mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta
untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan
kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang
baru.
Tujuan KAUNSELING :
●
Menyelesaikan
masalah jangka pendek
●
Mendapat
celik akal
●
Tingkah
laku positif
●
Mencapai
kebebasan psikologi
●
Bertindak
logik
●
Perkembangan
optimum
●
Penyelesaian
●
Mewujudkan
perhubungan sihat
Fungsi Bimbingan :
●
Memahami
●
Preventif
●
Pengembangan
●
Penyembuhan
●
Penyaluran
●
Penyesuaian
●
Penambahbaikan
●
Pemeliharaan
Fungsi
kaunseling:
●
Celik
akal
●
Memberi
maklumat
●
Mengatasi
konflik
●
Membuat
keputusan
●
Memberi
sokongan
Etika
Kaunseling:
Satu tatasusila atau peraturan yang
perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada
individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan
persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan
oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
Secara amnya etika kaunseling
merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk
peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan
sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur
tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang
perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni
didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk
memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien
(Nordin,2000).
KOD TATA LAKU KAUNSELOR
●
kaunselor
hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai
seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
●
kaunselor
hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran dalam bidang profesionnya.
●
kaunselor
hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras
dengan profesion kaunseling.
●
kaunselor
hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan
klien atau orang di persekitarannya.
●
kaunselor
hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
●
mengutamakan
keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
●
kaunselor
hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor
melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan
penasihatan murid adalah suatu unit khas di sesebuah sekolah atau institusi
yang bertanggungjawab untuk membantu murid memahami dirinya sendiri agar ia
dapat menjadi individu yang terarah sendiri. Tujuan-tujuan ini berdasarkan
keselamatan perhubungan kaunseling kerana murid dapat menjelajahi dinamik dan
perhubungan di antara perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap orang lain.
Comments
Post a Comment