TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


                                TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya bermaksud kemajuan fikiran, cara berfikir dan tingkah laku. Budaya sekolah pula merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan dan merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat dan semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu (Deal dan Petterson, 1999). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Contohnya budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat- menghormati, budaya berani menyoal, budaya membaca dan budaya penyayang.

ISI-ISI PENTING
1. CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
       Perubahan
       Dipelajari
       Dikongsi bersama
       Mempunyai nilai integratif

2.KEPERLUAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
       Menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid
       Mewujudkan suasana p&p di bilik darjah yang lebih berkesan, sempurna dan optima
       Memupuk keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah
       Mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid
       Mengelakkan mempromosikan perspektif sendiri sebagai pandangan universal
       Merapatkan jurang pendidikan antara kaum

3. GURU DAN CABARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
a) Perasaan prejudis antara budaya guru dan murid
       Murid membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza dengan budaya makro ( budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah
       Murid berbeza dari segi cara berkomunikasi, nilai-nilai sosial dan intelektual, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka
       Terdapat juga guru yang membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah maka timbul masalah dalam sistem komunikasi dan cara berinteraksi dengan murid.
       Wujudnya stereotaip dalam kalangan murid yang berbilang ras, ada murid yang berfikiran negatif terhadap ras yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama ras dengan mereka
b) Pengisian kurikulum dan kokurikulum
       Sekolah kebangsaan tidak menjadi bahasa ibunda kaum Cina dan India sebagai subjek wajib menyebabkan ibu bapa daripada kaum tersebut kurang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan
       Kini bahasa Tamil dan Mandarin telah diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
c) Pengaruh Wawasan 2020
       Sektor pendidikan menjadi peneraju utama dalam membantu mewujudkan perpaduan negara tetapi wujudnya masalah dalam sistem pendidikan:
       Masalah isu berbangkit hak bumiputera dan bukan bumiputera.
       Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan.
       Masalah keciciran pelajar Melayu dan bukan Melayu.
       Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu.
       Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan dan adat resam sesuatu kaum.

4. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU
a) Kepercayaan
       Guru mengenali pelbagai kepercayaan
       Guru cuba memahami budaya pelajar walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza

b) Penerapan nilai
       Nilai merupakan satu standard berkongsi tentang apa yang betul,diingini dan dihormati yang merangkumi positif dan negative.
c) Norma dan sekatan
       Norma adalah peraturan apa yang dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
       Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma.
       Guru perlu memikirkan aspek norma dan sekatan sewaktu merancang pengajaran.

5. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA MURID
       Berpeluang mempelajari pelbagai budaya kaum dan sekolah.
       Dapat melatih diri menjadi pelajar yang berdisiplin dengan mengamalkan budaya sekolah yang diberikan.
       Membentuk interaksi sosial yang baik.

6. CARA MENGATASI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA
       Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
       Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid.
       Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid.
       Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas.
KESIMPULAN
Pembelajaran pelbagai budaya di sekolah adalah penting dan perlu ditekankan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersatu padu. Justeru, konsep atau cara ini seharusnya dipraktikkan dan dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan para pelajar yang dilahirkan memiliki modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, seterusnya dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selain itu ia dapat melahirkan sekolah yang aman dari segi perpaduan kaum kerana mereka saling menghormati.

Comments