TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

                                      TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI 


PENDAHULUAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

 ORGANISASI SEKOLAH

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
I)                   PENGETUA
●                   Pemimpin/Ketua
●                   Pengurus kurikulum dan kokurikulum
●                   Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
●                   Pengurusan dalaman dan luaran
II)                PENOLONG KANAN
●       Mengajar
●       Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
●       Bantu dalam pentadbiran harian

III)              PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
●       Mengajar
●       Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
●       Kemasukan dan pendaftaran pelajar
●       Perhubungan awam tugas-tugas lain

IV)             PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
●       Mengajar
●       Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
●       Perhubungan awam
●       Pentadbiran harian
●       Tugas-tugas lain

V)                GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
●       Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
●       Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
●       Membuat rancangan tahunan sekolah

VI)             GURU KELAS
●       Buku daftar kedatangan
●       Pengurusan yuran khas
●       Perkara-perkara akademik
●       Bantuan kewangan
●       Biasiswa
●       Tugas-tugas lain

VII)          GURU
●       Mengajar
●       Membuat perancangan P&P
●       Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
●       Mentadbir dan mengurus bilik darjah
●       Tugas-tugas lain

VIII)        MURID
●       Mematuhi dan memahami peraturan sekolah
●       Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
●       Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah
●       Memahami susun lapis masyarakat di sekolah

●       Menghormati lagu sekolah
GAYA KEPIMPINAN : 
Gaya   kepimpinan   pula   ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.   Beliau   juga   mengertikan   gaya   kepimpinan   sebagai   perilaku   pemimpin   dalam mempengaruhi   bawahannya   iaitu  kemampuan  pemimpin  untuk  menyatakan  sesuatu  hal dengan  gaya  kepimpinan  tertentu. Gaya kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.
l  


KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap organisasi mempunyai tanggungjawab dan kepimpinan masing-masing di sekolah. Guru memainkan peranan yang penting di sekolah di mana guru mempunyai komitmen dengan pengurusan murid dan pengurusan hal ehwal sekolah. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuai dengan diri mereka.


Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN