TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER



 TAJUK 7 :  PENGURUSAN SUMBER
PENDAHULUAN

        Pengurusan sumber ialah mengurus sesuatu bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelaran serta melibatkan cara mengurus, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus atau orang yang melaksanakan.

                    Konsep Pembelajaran Berasaskan Sumber
1                                                           Manusia belajar pada kadar :
-                                                                      11% mendengar
-                                                                             83% melihat
2                                                         Keupayaan mengingat pada kadar :
-                                                                        20% apa yang didengar
-                                                            50% apa yang dilihat dan dengar

 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Sumber: 
          Meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran dan dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid.

  •       Bersifat individu atau secara berkumpulan
  •       Menggunakan bahan yang sesuai bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan


     JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN
Konsep Pusat Sumber

1.   Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber-sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
2  Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
3.      Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektikf Pusat Sumber
1.       Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2.       Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3.    Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4.   Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.       Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan
Pusat Sumber Kedua: Makmal Sains
1)      Definisi: Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains.
2)      Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal.
3)      Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan.
Kepentingan Makmal Sains
1.       Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
2.       Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif
3.       Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
4.       Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
5.       Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan
Aspek Utama Dalam Pengurusan Makmal Sains
1)      Keceriaan makmal sains
2)      Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
3)      Keselamatan makmal sains
Tindakan Guru Sains Semasa Kemalangan Berlaku Dalam Makmal Sains
1)      Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku.
2)      Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman.
3)      Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah.
4)      Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera.
5)      Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan.
6)      Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah.
Pusat Sumber Ketiga: Makmal Komputer
1.       Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2.       Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3.       Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.
Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
1.       Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
2.       Peraturan Makmal Komputer
        Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
        Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
        Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
        Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
        Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal computer
3.    Senarai Keselamatan Pengguna
        Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
        Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
        Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
        Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
        Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
        Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.

3.       Aspek Keselamatan Perkakasan
        Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
        Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
        Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
KESIMPULAN
    Melalui topik pengurusan sumber kita akan didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan teknologi maklumat, teknologi pendidikan dan sains perpustakaan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin mempengaruhi pendidikan masa kini. Pengurusan sumber yang terhasil amat berguna dalam semua aspek kehidupan manusia.





Comments