TAJUK 9 : PENGURUSAN DAN TINGKAH LAKU MURID
TAJUK 9 : PENGURUSAN DAN TINGKAH LAKU MURID
PENDAHULUAN
Pengurusan
tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku
kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
Dalam proses modifikasi tingkah laku, pemerhatian awal dan penilaian
terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan
matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta
memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten perlu dilakukan oleh guru-guru. Manakala
tingkah laku negatif guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta
menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.
1)
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH
TINGKAH LAKU
Antara
faktornya ialah persekitaran. Persekitaran ini melibatkan keluarga di rumah dan
juga di sekolah yang mempengaruhi mereka sehingga melakukan tingkah laku yang
negatif. Seterusnya, budaya yang tidak konsisten dan bertentangan dengan amalan
dan kehendak budaya sejagat. Akhir sekali, pegangan agama yang lemah dalam
kalangan pelajar di mana mereka membuat tafsiran yang salah terhadap agama lalu
tidak menghiraukan pantang larang agama. Oleh itu, tektnik modifikasi tingkah
laku dibuat dengan cara peneguhan, denda dan Revers Psychology.
2)
BENTUK DISIPLIN
Disiplin
asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar. Pelajar perlu
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi
bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian
dan kesejahteraan hidup seharian. Disiplin instrinsik atau kendiri adalah
disiplin yang lahir daripada dalam individu. Disiplin jenis merangkumi sifat
empati, kesedaran sivik, moral dan agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.
3)
GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN
Guru
memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar
tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid
melalui pembentukan disiplin yang baik. Guru disiplin perlu mengawasi disiplin
di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga semasa kegiatan-kegiatan
rasmi di luar sekolah. Mereka juga menjalankan hukuman disiplin apabila
diarahkan oleh guru besar atau pengetua secara nyata atau khusus mengikut
peraturan-peraturan yang sedia ada.
KESIMPULAN
Melalui topik ini, dapat mempelajari tentang pengurusan
tingkah laku dan disiplin. Hal ini di mana berkait rapat dengan faktor yang
menyebabkan masalah tingkah laku, bentuk disiplin dan guru sebagai guru
disiplin. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam
pengurusan ini. Hal ini demikian kerana dalam membentuk generasi yang mempunyai
peribadi mulia.
Comments
Post a Comment